Bangga. Bangga. Bangga (!)

Assalamualaikum semorang :)

Alhamdulillah, masih berpeluang menikmati 21 Ramadhan. Hee, bestkan kalau puasa penuh && solat penuh. Rasa macam Ya Allah bestnya dapat tunaikan kewajipan dalam rukun islam serentak. Dicampur ditambah dengan solat sunat terawih. Tapi aku selalu skip terawih lately nie sebab peyott penuh sangat. HAHA. Alasan gila hidup kau Lea. Mana taknya tercipta alasan nie, sebab sekarang nie aku lapar sangat-sangat time puasa. Lepastu masa sahur aku selalu tibai dua pinggan nasi. Masa buka jangan cerita laa. Air dah 2 cawan, tang nasi kau jangan tanya. Kalau tak sebut *nak tambah nasi* bukan aku laa kan. Mihmihmih. Sorry, aku obsessed gila dengan makanan sekarang. Tolong laaa. Masa seminggu puasa aku dah turun dua kilo. Tapi sekarang nak jejak penimbang tuu pon aku dah seram sejuk. Wuuuu. Pleashh behave yourself laa Lea. *pandang perut dengan begitu sinis*

Anyway tadi tengah hari aku dengan along telah membuat suatu 'kerja amal' terhadap rumah nie. HAHA. Uolss tahu aku telah merajinkan tulang empat kerat dengan membeghus karpet dengan bersungguh-sungguh wokay T_______T penat baq hang aku cakap laa kan. Lepas berus terus jemur dekat luar. Ceritanya sekarang aku lempar karpet tuu dekat anjung luar rumah lepas tuu kerja 'membibik' aku mulakan dengan bismillah sambil cakap, busuk gila karpet nie :( Along pulak dengan muka selebet dia pegang berus longkang cuci longkang macam separuh mati. Reasonnya rumah nie memang jarang-jarang & kadang-kadang jea cuci longkang tuu. Blerghh. Lepas anjung kat luar tuu dah clear dengan semua barang kitorang pon apalagi, berus lantai mozek tuu ghupa orang tak puasa dah aku tengok. Tabah gila perempuan-perempuan dalam rumah nie. BANGGA. BANGGA. BANGGA (!) Dan last sekali aku telah mengilatkan batu apetah namanya yang dok tampal-tampal dekat dinding luar rumah tuu. Seriously boleh terbuka puasa aku dengan semua kerja-kerja 'membibik' kat rumah nie.

 Hello karpet, penat tau beghus you. Jangan nak berhabuk sangat wokay :p

Nie laa natang apa benda nama entah benda nie. Leceh nak kilatkan laa apalaa. Blerghhh T.T

Tadi buka puasa kambing bakar dengan domino's. Sedap hingga membuncit perut. Mihmihmih. Bebai semorang. Assalamualaikum.

Bersyukur Itu Perlu

Assalamualaikum semua :)

Diam tak diam harini dah masuk 20 Ramadhan. Time fly to fast. Aku jea duk lembab sangat nak kejar pahala bulan Ramadhan sementara pintu syurga terbuka luas. *sobbing T.T  Tapi memang betul laaa, semakin kita besar semakin masa berjalan dengan cepat. Sedangkan kita sibuk berlagha dengan benda entah bukan-bukan. Exp, tweet dua-puluh-empat-jam. Stalker orang sana, stalker orang sini. Lepastu sibuk cakap, *kau nak tahu aku tengok kat fb dia blaa blaa blaa. Lagha weh. Lagha sangat-sangat. FULLSTOP.

Sekarang nie aku memang duduk melangok dekat rumah masa cuti semester nie. Best sangat-sangat-sangat-sangat. HAHA. Boleh tak nak belajar setahun jea lepastu grade. Boleh tak? HIHI. Yang baki tiga tahun tu aku nak leggo jea, siapa nak terima agaknya idea bebal aku nie. Btw semalam aku dah dapat result sem dua. Mula-mula aku buat tak tahu jea dah pukul tiga petang. Ahaaa, meh I tell you.. Uum punya result memang keluar pukul tiga petang yawrr. Pastu jangan pelik kenapa keluar hari Ahad. Hari Ahad hari bekerja dekat Kedah sebab kami cuti hari Jumaat & Sabtu. *continue. Lepastu dalam pukul 4.30pm roommate tercinta terus Wechat *Lea dah check result?* punya laa aku berdebar nak check lepastu. Menggigil setengah badan tau. Yealaa, mana tak nyaa. Aku taknak kot ngadap result yang ada repeat. Aku tak boleh jawab paper statistics masa final exam. aku punya gembeng nangis pasal tak boleh jawab sampai takde mood nak study paper lepas tu masa malam tuu. Wuu :'( Hee. Then aku baca laa ayat kursi, Rabbi Yaasir Walatuassir, selawat semua. Terus terpampang result. Mestilaa aku menggunakan seluruh pakej mata aku tengok ada C- ke tak. Kalau ada C- aku dah rancang nak nangis sampai batal puasa. HAHA. Jahat kemain rancangan aku nak buka puasa punya pasal. Check semua takde, okay senyum sikit dulu, terus tengok line bawah bahagian PMS, senyum lebar sikit, tengok sebelah PMK senyum sambil ucap Alhamdulillah walaupun tak dekan. Bersyukur itu perlu sebab Allah dah perkenankan doa aku. Terima Kasih Ya Allah. Kesimpulannya, pointer semester dua naik. Yippiee. Teruskan usaha wahai si pemalas Lea. Jangan nak tidur jea bila takde kelas. HIHI. 

 Nie meja 'belajar' merangkap meja makan. Peace yawrr :)

 My ever comfortable bed in hostel. Wuuuu. 

 Yang kiri tu my lovely roommate, Fairuz. Tengah tu ittew laaa. Dan kanan tu khalina :)

Selamat meneruskan ibadah puasa semua. Selamat malam. Assalamualaikum <3
template designer by zehan's daughter | 2014