Port Dickson Part 1

6hb Februari 2014
Assalamualaikum semorang :)

Ala tak surprise pon sebenarnya entry nie sebab tittle awal-awal dah membocorkan rahsia. Tapi ada siapa kisah? kahkah. So malam yang indah permai kononnya nie, iolls nak cerita dengan uolls yang Chinese New Year "wajib" pergi bercuti sebab tak bosan ker duduk rumah orang dah bagi cuti? Kononnya lagi, family aku memang nak pergi Cameron Highlands tapi kan cuti raya cina, memang pack laa orang kan walaupun sebenarnya semua tempat pon pack. Heee. Nak dijadikan cerita kitorang pon plan pergi Port Dickson. Jyeahh, I tell you yaa nie first time pergi PD jadi haruslah eksaited sangat-sangat. Lols. 

Kitorang stay dekat Hotel Merlin. About 1/2 km from Pantai PD. Dua tiga hari nak pergi tu adalah aku call hotel area sana yang aku jumpa dekat google search tapi semua penuh T.T kau bayangkan hotel tersergam indah apa nama i'm not sure parking kereta penuh nak arwah lah kan. So redha jeala pergi dan kebetulan lalu Hotel Merlin nie apa lagi tanya laa sebab nampak parking lot dia kosong. Finally ada kosong, bukan setakat ada tapi banyak lagi kosong. Diorang punya service kat reception memang tip top laa kan. Mula-mula macam pelik pesal tak ramai orang? *dah mula fikir benda sekeri* then bila masuk, okay.... Hotel baru rupanya. Bau perabot baru tak hilang lagi. Cet, suspen jea hang nie. Hehe.


Serius cantik sangat hotel nie. Aku ambik family room. Satu malam RM140 pada aku not bad lah sebab satu katil single satu katil twins. Ala buat tidur dengan salin baju jea kot. Tak payah nak perfect sangatlah *gaya menyampah* Hee. Tapi aku suggestkan kalau betol-betol nak pergi PD nie kena laa adventure sikit. Tidur dalam khemah. Ramai gilaa woo orang tidur dalam khemah then macam jealousnya tengok korang bakar segala makanan T.T next time okay next time iolls buat macam gitu! 



Tapi paling aku suka decoration hotel nie tak kisah laa nak kata klise or whateverlah kan part tu atas kepala aku tu. Payung tuu pesal kreatif gila weh cantik weh. Hahaha. Kau kalau turun kereta pastu hujan lebat nak ambik family kau yang tercicir dalam kereta kau capai jea payung kat situ agaknya laa kan *andaian*. Disebabkan nie part 1 sebab nak cerita pasal Hotel Merlin jea ekceli. Hotel nie kan baru pastu macam takde sangat dalam website pastu nanti kesian dekat korang nak stay mana kalau terjadi macam aku kalau hotel penuh pastu aku rasa apa salahnya tolong promote kan *tahan gelakkan korang kena baca pastu banyak-banyak* kahkah.  

Nah alamat kalau korang sesat ke apa ker. Sebab sebenarnya hotel nie satu jalan jea dengan Hotel Seri Malaysia dan hotel-hotel lain. Betol-betol dekat jalan utama pantai PD. Ala jalan jela straight. nampak laa nanti :')

Merlin Hotel, KM2 (Batu 1),
Jalan Pantai, 71000 PD,
Negeri Sembilan

No tel: 06-646 3349

Yang nak bercuti ke PD tu baik-baik jalan. Gunalah waze kalau taknak terlepas exit kat mana. Hehe.

No comments:

Post a Comment

template designer by zehan's daughter | 2014